Friday, 10 August 2012

Ovendapur:resepi tempoyak durian lemak manis.

Okey kat sini saya nak kongsi bagaimana utk membuat tempoyak sendiri.

Bahan utama :
1.isi durian.
2.gula,garam secukupnya.
3.sedikit kunyit.

Cara:
1.isi durian tadi di gaul rata dengan gula,garam dan kunyit.
2.kemudian boleh disimpan di peti ais.

Dah siap!
Boleh dimakan dgn nasi berlaukkan asam pedas.sangat lazat dan sedap.Boleh juga dimasukkan dalam gulai lemak. Jika nak buat sambal tempoyak,hanya tambah cili hidup yg ditumbuk dan di gaul bersama kuantiti tempoyak yg ingin di jadikan sambal. Mudah dan senang.Kadang kala jika beli,rasenye xmenepati tekak kita,so buat sendiri lagi best!

#kunyit itu sebagai pewarna ya.

Selamat mencuba. Jika berkesempatan saya akan upload gambar tempoyak yg sudah siap tu nanti.Almaklum lah bila buat kejap je da abes .

OVENDAPUR:::Sambal petai tumbuk.

Salam u all.
Today kite masak lauk yg simple iaitu sambal petai tumbuk..ada orang panggil sambal bugis .hentam saja la labu. Sambal ini sedap dimakan bsama nasi panas atau ubi rebus. Lets tengok bahan2 utamanya»»»»»

Bahan utama:

1.sedikit minyak masak
2.petai yg telah dikupas(kuantiti petai terpulang pada selera anda).
3.segenggam ikan bilis yg telah siap dibersihkan.
4.bawang besar dihiris.
5.5biji cili pedas(jika mahu lebih pedas boleh tambah ikut suka)
6.serbuk perasa(x nak pun xpe).tapi sy letak sedikit.

Cara:
1.goreng ikan bilis sehingga garing kemudian agkat.
2.layukan bawang,dan petai.kemudian agkat.
3.gorengkan cili sekejap.tapi berhati2 ya,krn ianye meletup sikit.
4.tumbuk ikan bilis ,bawang,petai dan cili tadi.tapi saya blend saje.hehe.
5.kemudian di goreng semula dgn sedikit myk dan letak perasa.goreng sekejap saja.(jika xnak goreng pun xpe sebab tadi da goreng before blend kan).

Okey siap untuk di makan bersama nasi panas!


Sori la blog ni ada pelbagai,resepi,tempat makan.madah2. Macam astro. Macam2 ade.hehehe.nanti rajin2 sy update lg..baru thn ni sy sibuk nk update blog setelah minum byk coolblog.haha ok bye. Nt sambung lg.hehe

OVENDAPUR::: Pizza daging sedap

Salam.
Ni nak share resepi pizza.Sebenar utk intinya kite boleh pelbagaikan apa2 yg kite suke,.macam yg ini,saya tengok ape yang ada dalam freezer je.angkut sudah.janji sodap,hahaha.Ok jom tengok bahan.

Doh:
- 1 1/2 cwn tepung gandum.
- 2-3 sudu butter
- air yang diletak sedikit garam.
- yis secukupnya.

Inti:(saya gune ape yg ade kat uma je)
-daging kisar secukupnya. Tp saya gune daging burger di hancurkan.
-isi ketam
-lada benggala merah/hijau. Nak letak yg kuning pun xde hal.
-sos cili & sos tiram.
-oregano.
-bawang besar didadukan.
-satu sudu lada kisar.Jika nak pedas boleh letak lebih atau hirisan cili.
-garam & perasa secukupnya.
-cheese parmesan dan cheddar.

Nota»» boleh letak sosej,isi ayam,cendawan butang dll sayuran yg kita suke.Saya letak ape yg ade kat uma jew. Yg penting kene dgn tekak.tol x?

Cara membuat doh:
>campurkan yis dgn air sedikit.
>masukkan yis dgn tepung,gaul rata.>kemudian masukan butter dan gaul lagi.
>selepas itu,masukkan air yg sudah dicampur dgn garam tadi sikit sikit sampai doh boleh diuli.
>rehatkan doh selama satu jam / naik berganda dari saiz asal.

::saya buat doh guna tangan saja.dan pastikan tangan bersih.

Cara buat inti::
>gorengkan daging dgn sdikit minyak.goreng sampai garing sikit.lepas tu agkat.
>tumiskan bawang dan lada kisar sampai garing.
>kemudian masukkan daging,isi ketam dan gaul rata,selepas itu masukkan sos cili/tiram dan gaul lagi.
>kemudian masukkan sedikit oregano.bila da sebati masukkan lada benggala dan gaul rata serta padamkan api.

Bila semua dah siap,kita tengok plak step di bawah.

1.canaikan doh tadi.ketebalan ikut suka kita ok.
2.sapukan sos diatas doh tadi.nk guna sos biasa atau prego pun boleh.
3.letakkan cheese,sy guna cheddar saja.susun di atas doh yg da di letak sos.
4.susunkan inti tadi.saya campak aje.haha.
5.kemudian tabur cheese parmesan atau hirisan cheddar di atas inti tadi..
6.kemudian kita bako.kita bako.hehe.saya bakar menggunakan kuali serbaguna vantage..masak sekata je.hehe.

Ok la boleh di hidang panas.
Tu gambar pizza yg da siap di masak oleh saya.
Sukatan bahan sy agak2 saja.
Selamat mencuba.tatata


Thursday, 9 August 2012

OVENDAPUR:::kuih tat nanas

Tengah boring xda wat keje nie,saya dengan rajinnya nak post entry kueh tat nanas..kueh tat resepi sy ni rapuh dan cair di mulut.aumm sedap.hehe.okey malas nak pot pet panjang.ni bahannya.

Bahan doh :
1/2kg tepung gandum cap sauh .
1 buku butter.
3biji telur (2bj kuning shj, 1bj kuning dan putih).
Secubit garam.
Pewarna kuning.
Jem nanas

Cara:
-masukkan tepung gandum + garam dan gaul rata.
-kemudian masukkan telur dan gaul rata (guna tangan dan pastikan tangan kita bersih).
-setelah tepung dgn telur da sebati,masukkan mentega sedikit demi sdikit sampai boleh di uli dan tidak melekat pada tangan.
-rehatkan sekejap doh tadi dalam 5minit.
-kemudian canai dan terapkan.
-letakkan inti nenas dan bakar pada suhu 160c selama 15minit.(bgantung kpd oven anda)/

Okey selamat mencuba.


Sunday, 5 August 2012

Tempat makan for iftar

Berhadapan dengan F One Auto(im not sure full addressnye).
Harga makanan amat berpatutan dan sedap.Siapkap 3rasa,kailan ikan masin,kerabu seafood,sotong goreng tepung & teh O laici ais =rm47shj..memang ramai orang berpusu2..selain dpd tu,aneka tomyam,aneka kerabu,dll sume ada lengkap kt sini.Berselebahan surau,jalan nak ke Wetworld..1st time mkn kt sni,tp ternyata lazat. Yg penting kebersihan.


Saturday, 4 August 2012

Bioglo

Bioglo rose essence sleeping mask..sangat bagus untuk menyegarkan kulit wajah.