Salam.
Ni nak share resepi pizza.Sebenar utk intinya kite boleh pelbagaikan apa2 yg kite suke,.macam yg ini,saya tengok ape yang ada dalam freezer je.angkut sudah.janji sodap,hahaha.Ok jom tengok bahan.
Doh:
- 1 1/2 cwn tepung gandum.
- 2-3 sudu butter
- air yang diletak sedikit garam.
- yis secukupnya.
Inti:(saya gune ape yg ade kat uma je)
-daging kisar secukupnya. Tp saya gune daging burger di hancurkan.
-isi ketam
-lada benggala merah/hijau. Nak letak yg kuning pun xde hal.
-sos cili & sos tiram.
-oregano.
-bawang besar didadukan.
-satu sudu lada kisar.Jika nak pedas boleh letak lebih atau hirisan cili.
-garam & perasa secukupnya.
-cheese parmesan dan cheddar.
Nota»» boleh letak sosej,isi ayam,cendawan butang dll sayuran yg kita suke.Saya letak ape yg ade kat uma jew. Yg penting kene dgn tekak.tol x?
Cara membuat doh:
>campurkan yis dgn air sedikit.
>masukkan yis dgn tepung,gaul rata.>kemudian masukan butter dan gaul lagi.
>selepas itu,masukkan air yg sudah dicampur dgn garam tadi sikit sikit sampai doh boleh diuli.
>rehatkan doh selama satu jam / naik berganda dari saiz asal.
::saya buat doh guna tangan saja.dan pastikan tangan bersih.
Cara buat inti::
>gorengkan daging dgn sdikit minyak.goreng sampai garing sikit.lepas tu agkat.
>tumiskan bawang dan lada kisar sampai garing.
>kemudian masukkan daging,isi ketam dan gaul rata,selepas itu masukkan sos cili/tiram dan gaul lagi.
>kemudian masukkan sedikit oregano.bila da sebati masukkan lada benggala dan gaul rata serta padamkan api.
Bila semua dah siap,kita tengok plak step di bawah.
1.canaikan doh tadi.ketebalan ikut suka kita ok.
2.sapukan sos diatas doh tadi.nk guna sos biasa atau prego pun boleh.
3.letakkan cheese,sy guna cheddar saja.susun di atas doh yg da di letak sos.
4.susunkan inti tadi.saya campak aje.haha.
5.kemudian tabur cheese parmesan atau hirisan cheddar di atas inti tadi..
6.kemudian kita bako.kita bako.hehe.saya bakar menggunakan kuali serbaguna vantage..masak sekata je.hehe.
Ok la boleh di hidang panas.
Tu gambar pizza yg da siap di masak oleh saya.
Sukatan bahan sy agak2 saja.
Selamat mencuba.tatata
